Satu peribahasa yang kita selalu sebut..org tua kita mmg tinggi kata kata dan pemikirannya..kita lihat dan renungkan kebenaran peribahasa tersebut.
Masalah yang timbul adalah seperti benda keras yang kita berikan...kot ikut logik akal pun kalau benda keras kita sembur dari mulut ke kepala org mau luka kepala orang...macam tu jugak kalau benda keras tu kita terus telan, tak ke tersekat kat tekak dan turun keperut tak hadam. At last jadi kanser.
Begitu juga dengan masalah..kalau kita main tuduh dan serkap dan buat keputusan sendiri akhirnya ianya tidak menyelesaikan masalah tersebut malahan masalah itu akan menjadi besar dan meletup.
Akan tetapi jika kita perhalusi masalah tersebut dengan halus...cari punca masalah tersebut, ia nya seperti kita kunyah halus halus benda keras tersebut dan sekiranya kita sembur atau luahkan, tak la sampai cederakan org atau istilahnya tak la mati mak..dan jika kita telan benda yang dah halus ianya akan hadam kedalam badan kita dan menjadi nutrisi dalam badan (tak la mati bapak). So punca masalah dapat diperhalusi, dikenalpasti dan diselesaikan mengikut cara dan landasan yang betul.
Rabu, 13 Julai 2011
kita tidak merancang untuk kegagalan tetapi kita gagal untuk membuat perancangan
Seringkali kita mendengar keluhan rakan rakan kita malahan daripada kita sendiri (termasuk saya) berkenaan ketidak mampuan pengurusan kewangan yang baik. Mungkin kerana sebelum ini kita tidak didedahkan dengan jelas mengenai aspek tersebut, tidak pula diajar oleh keluarga dan masalah tersebut timbul diatas kesilapan daripada diri kita sendiri.
Sebab kebanyakan kita banyak belajar dari kesilapan..."dah buat salah baru belajar"..bila dah berlaku kita anggap dah terlambat. Saya rasa semua dari kita menghadapi masalah yang sama kan?
Sebenarnya jika kita nak renung renung kembali kesilapan yang lalu...kita akan sentiasa menyalahkan diri kita malahan lebih teruk kita nak kaitkan salah tu dengan org lain..tapi sebenarnya semua tu adalah proses pembelajaran dan ianya adalah panduan untuk kita terjaga tentang kesilapan lalu...
Tak semua benda datang dengan mudah kerana yang datang secara mudah kebanyakkanya pergi secara mudah.
Bila kita tersedar dari kesilapan tersebut sebenarnya diwaktu itu adalah masa yang sesuai untuk kita berubah. Apa yang berlaku semuanya adalah atas ketentuan Allah swt. Makin banyak kita diuji semakin kita tabah dalam mengharungi dan merasai pahit manis kehidupan ini.Pengalaman dan pengajaran yang kita dapati sebenarna membatu kita samada dimasa sekarang atau dikemudian hari. mungkin sebagai renungan kepada anak cucu kita kelak supaya mereka tak buat salah dahulu kemudian baru belajar seperti kita. Kita hanya merancang..tapi perancangan daripada Allah adalah yang terbaik..
Jadi bagi rakan rakan yang sebelum ini merasa kegagalan maka marilah kita bangun dan membuat perancangan untuk diri kita serta org tersayang..selagi kita yakin dengan ketentuan yang Allah tentukan, pasti setiap ujian ada jalan penyelesaian dan jalan keluar.

Langgan:
Ulasan (Atom)